SHAH ALAM: Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata proses tujuan semula itu kini berada di peringkat ujian klinikal bagi menguji keberkesanan ubat yang sebelum ini telah digunakan dalam vaksin melawan penyakit Hepatits C dan juga ubatan rawatan pesakit Aids.
"Kajian penggunaan semula ubat ini turut melibatkan kerjasama daripada Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi), sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan yang sebelum ini bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan menghasilkan rawatan Hepatits C.
Apa pun, usaha yang dilakukan dalam membangunkan satu vaksin atau ubat antiviral menuntut satu tempoh masa yang lama bagi memenuhi prosedur tertentu seperti aspek keberkesanan dan keselamatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Keterlihatan Penyelidikan Denggi 2024 di Institut Kesihatan Negara (NIH) di sini pada Isnin.
Dzulkefly berkata pihaknya yakin antiviral itu boleh digunakan selewatnya-lewatnya tahun hadapan memandangkan ketika ini kajian guna semula Nelfinavir kini berada di peringkat ketiga daripada empat peringkat sebelum diluluskan.
Beliau percaya kolaborasi global di bawah nama Dengue Alliance yang digerakkan empat negara endemik sejak 2022 itu dapat menghasilkan kajian klinikal yang diperlukan dalam membangunkan ubatan baharu paling berpotensi merawat penyakit itu.
"Kita harap agar Dengue Alliance dapat mencatat satu lagi kejayaan dan memberi harapan baharu dalam rawatan denggi sebagaimana pencapaian sebelum ini dalam menghasilkan rawatan Hepatitis C," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Dr Dzulkefly berkata proses tujuan semula itu kini berada di peringkat ujian klinikal. - Foto BERNAMA
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
Jumlah kes demam denggi menurun, tiga kematian dilaporkan - KKM
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,268 kes pada Minggu Epidemiologi ke-9 (ME9) iaitu dari 25 Feb hingga 2 Mac lepas berbanding 3,572 kes pada minggu sebelum itu.
Malaysia, tiga lagi negara laksana kajian guna semula Nelfinavir untuk rawat demam denggi - Dzulkefly
Malaysia bersama Brazil, India dan Thailand sedang melaksanakan kajian bagi penggunaan semula ubat Nelfinavir untuk rawatan penyakit demam denggi.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.
10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi
Usaha yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.
Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan
Pasca banjir di Kelantan menyaksikan terdapat kes deman, penyakit kulit yang disebabkan air yang tercemar dan demam denggi.